Sunday, November 8, 2009

PERAWAN IMPIAN

Khalid Bin Safwan melihat satu perhimpunan di dalam sebuah masjid di basrah.

Khalid : Apakah tujuan perhimpunan ini?
Pemuda : Seorang wanita sedang menerangkan tentang ciri wanita yang layak dikahwini.

Lalu beliau menyatakan kepada wanita itu hasrat hatinya.

Khalid : Aku inginkan perawan berpengalaman seperti seorang isteri. Bila dikahwini
sesuci perawan. Manis apabila didekati. Mulia bila berjauhan. Mampu hidup dalam kemewahan tetapi bila dilanda kemiskinan dia masih punya keperibadian seperti orang kaya dan keredhaan hati si miskin. Apabila kami kaya dan kami hidup seperti warga dunia. Bila kami miskin kami hidup seperti warga akhirat.

Wanita : Aku kenal wanita yang kamu maksudkan itu.
Khalid : Di mana dia?
Wanita : Di syurga, jadi bekerjalah untuk ke syurga dan temui dia di sana!!!

Janganlah terlalu ideal memilih pasangan

-Pahrol Mohd Juoi-Tentang cinta.....

KEMANISAN IBADAH

" Bagi setiap muslim yang melihat kepada kecantikan seorang wanita, lalu ia segera mengalihkan pandangan, Allah akan menimbulkan suatu ibadat yang akan dirasakan kemanisan di dalam hatinya"..
-Riwayat Imam Ahmad & Ath-Thabari-

Saturday, November 7, 2009

nur

bila cite nur kasih nie nak tamat..erm lama dah tah tengok.pas nie dah de cite baru plak. ape ye.Cinta balkis ke?he.. Sekarang orang dah makin minat cite2 yang da unsur Islamik ni kan..bagus lah satu perkembangan baru..

novel lagi?

macam mana boleh start minat novel2 nie? erm, ntah la. Masa form 3 dulu pas je abis PMR, dah x tahu nak buat ape..bosan pun ada walaupun ramai kawan di asrama masa 2. Pas tu ada kawan2 bawa banyak novel, kita pun apa lagi borrow je la,hehe..nak beli? erm x kot suka baca je, tapi x la sampai nak kumpul buat koleksi..Start masa tu la yg boleh jadi minat baca novel nie. Tapi ikut time la juga, kalau dah masa study or dah nak exam tu x la pegang lagi novel..nnt takut x boleh nak tumpu pelajaran plak sebab novel..TAPI bila dah abis je exam, erm apa lagi KAKI novel, HANTU novel, GILA novel,he semua ada,kadang tu sampai x makan lagi pun x pe, punyalah nak abiskan baca,hehe..

Teringin nak cari novel2 yang islamik, macam karya Habibulrahman al shirazi..best novel 2.Ayat2 cinta, macam macam lagi lah..kawan ada la yang minat sangat sampai beli semua 2.he.Novel jenis 2 bagus, ada unsur dakwah, mengajar manusia erti cinta yang hakiki, nilai2 agama Islam dari segi perbatasan pergaulan, kasih sayang,erm boleh dikatakan semuanya dapat memberikan suatu penghayatan yang baik kalau kita betul2 memahami..bukanlah bermaksud sampai boleh menandingi al-Quran..tiada kitab atau mashaf yang dapat menandingi kitab yang diturunkan Allah kepada nabi Muhamad s.a.w betul betul betul!!!!!

masjid faizal pakistan




subhanallah..unik sungguh binaan masjid nie,kalaulah berpeluang pergi sanakan?.huhu

rindu?

erm...dah lama x pergi masjid,lepas je bulan ramadhan yang lalu, ada saja benda nak dibuat, buzy sangat dengan asgmt and nak kena present...semuanya nak kena siapkan sebelum exam...tapi sekarang alhamdulillah, semua dah satle, ari nie boleh juga pergi masjid, solat jemaah sekali and baca boring2 bawa novel sama baca,hehe...lepas juga rindu yg dah lama terpendam.huhu(>_<)

Tuesday, November 3, 2009

kecurian di surau?

berita yang disiarkan baru2 nie ada memaparkan tentang kes curi di surau pusat membeli belah. Hairan betul la dengan manusia zaman sekarang nie, dekat rumah Allah macam surau masjid pun boleh buat perkara yang dilarang oleh agama. Insaf2 la semua, setiap amalan walaupun sebesar zarah akan tercatat dalam buku amalan setiap manusia, dan setiap perbuatan jahat walaupun sebesar zarah akan tercatat dalam buku amalan setiap manusia...Allah maha melihat lagi maha mengetahui segala amal perbuatan hamba2Nya..

Robot cakap Arab?

AL-AIN - Sebuah makmal di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) telah mencipta robot pertama di dunia yang bertutur dalam bahasa Arab.

Pengeluaran besar-besaran robot berkenaan yang dinamakan Ibn Sina, sempena nama cendekiawan dan saintis Islam kurun ke-11 yang dikenali sebagai Avicenna di Barat itu akan dilakukan tidak lama lagi.

Robot Ibn Sina itu akan digunakan untuk menjadi 'pekerja' seperti penyambut tetamu, kakitangan jualan dan pembantu kedai di pasar raya.

Ia direka oleh sepasukan saintis terdiri daripada pelajar Universiti UAE yang diketuai oleh Profesor Madya Nikolaos Mavridis di bandar raya Al-Ain, Abu Dhabi dalam wilayah UAE.

Sebagai usaha untuk menyiapkan robot itu mirip Ibnu Sina yang lahir di Bukhara, Uzbekistan, robot itu dipakaikan jubah putih dan serban manakala wajahnya pula mempunyai janggut putih.

Ibn Sina dilengkapi modul perisian yang membolehkan ia melihat dan mengecam wajah serta objek di samping sistem sokongan bagi memproses, memahami dan membalas percakapan. - AFP

ijtihad.

Berjuang untuk paper yang terakhir..chaiyok2.Pas nie bz n tesis la plak.Pening pala memikirkan pasal tesis nie.huhu.

Monday, November 2, 2009

BALIK KAMPUNG!!

Tak sabaq rasanya nak balik kmpg, wlpn exam abis awal, tapi x boleh nak balik lagi.coz nak buat proposal untuk tesis sem depan...it's ok.sabaq ya bib, bukanya lama sangat dah nak dok kat unv nie..pejam celik2 dah grad kan..
mak ayah sory nah, cek balik lewat ckt. but don't worry, kuih raye n ketupat u raye aji nnt, cek stay sempat buat..hehe

PERANG KETUPAT & RENDANG !!!!!!!!!!!

al kisah pasal ketupat dan rendang...
Hari raya pada tahun nie, yang baru sebulan lebih berlalu, aku diuji dengan demam yg buat aku kena pantang pasal makan nie,mmg la x teruk, tapi yang sedihnye akibat daripada tu aku terpaksa la pantang,hu. aku x boleh makan kuih raya, ketupat, lemang, kek raya. apalah maknanye raya tanpa ketupat dan lemang semua kan!.Tapi nak buat camne, sekali sekala kita akan diuji dengan pelbagai cara. Kita kena lah bersabaq banyak2 noh. Tu baru ujian kecil bagi aku masa ari raya. Ada ramai lagi orang di luar sana yg Allah uji dengan pelbagai ujian yg lebih besar ke atas mereka..ingat2 lah saudara seagama kita di luar sana sama yg dalam kesusahan sedangkan kita semua ni belum diuji dengan ujian yg berat sepserti mereka.

tapi x pe, raya aji nie tunggulah, akanku BERPERANG DENGAN KETUPAT DAN RENDANG...just kidding.he(>_<)

hisabi ala ma af'al kul al yaum..................

Di antara kedinginan pagi
Aku tafakur menyepikan diri
Memikirkan hari
Yang saban waktu meninggalkan pergi

Kucuba untuk membukakan mata
Bagi melihat keindahan dunia
Namun ku kecewa
Yang ada hanya fatamorgana

Baru ku terjaga dari mimpi tidurku yang lena
Sepanjang usia hanya tergadai percuma
Kehidupan dunia mengejar pangkat kemewahan harta
Tanpa pernah bertanya di manakah sudahnya

Di antara kegelapan malam
Aku merenung purnama yang suram
Menghitung semalam
Dosa dan noda penuh mencengkam

Kucuba untuk melelapkan mata
Bagi melupakan derita dunia
Namun kukecewa
Kerana diri diburu oleh dosa

Kini kusedari hari esok yang sedang menanti
Menginsafkan diri menjadi mukmin sejati
Pada Tuhan yang Esa ku merayu di atas sifat hamba
Bimbinglah aku ke syurga sebagai mukmin berjaya

Hidup bagaimanakah yang engkau rasa bahagia
Penuh makna ada cita
Diri yang sudah tidak lagi punya pertimbangan
Menerima apa sahaja

Dalam pencarian menentukan arah tujuan
Berbekalkan hanya perasaan
Hanya mengikut arus perjalanan rakan-rakan
Juga gaya teman-teman

Wahai sekalian rakan
Dengarlah, ini pesanan
Kami adalah teman
Yang inginkan kebaikan

Pencarianmu itu
Tak ada kesudahannya
Jika kau tak bertanya
Pada Tuhan yang memberikan jawapan

Telah dinyatakan tujuan kita diciptakan
Bukan untuk ini semua
Masa depan agama dan nasib yang tak terbela
Semuanya di tangan kita

Pemuda yang semangat jihadnya teguh di hati
Tidak akan gentar dicabar
Tinta emas yang mencatatkan sejarah gemilang
Telah pasti ia kan berulang

Yang perlu hanya kesedaran
Bersama diri yang ada kekuatan
Iman dan kesabaran
Yang mesti diusahakan

Banggalah dengan gayamu
Hidup seorang pejuang
Nyatakan pada dunia
Masa depan untuk Islam, untuk kita

ya nisa'..

iqra' ayatul Quran.....

GOOD NEWS....

Ari nie my sister nak balik sini, bestnye, bukan ape sunyi sorang2. boleh sembang dgn semut n cicak n nyamuk je dalam bilik nie........hehehe gurau
(>_<) teringat kwn di mesir, slalu gurau pasal semut n dia.lucu tol...

dugaan.........

exam tadi agak susah.risau betul la,nak buat macam mana, kita dah berusaha, so bertawakal je pada yang Esa..

Friday, October 30, 2009

PEMILIK DIRI INI............

YA ALLAH,
KURNIAKANLAH AKU NIKMAT KESIHATAN SUPAYA AKU DAPAT MELAKUKAN IBADAT KEPADAMU,
KURNIAKANLAH AKU REZEKI YANG LUAS SUPAYA AKU DAPAT BERSEDEKAH DIJALANMU,
KURNIAKANLAH AKU ILMU YANG BERMANAFAAT SUPAYA AKU DAPAT BERBAKTI DI JALANMU..........

KAWAN ?????

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki diri nya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya..

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli profesyenal yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
Mengunakan profesyennya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yang sedia ada
Bersahabat untuk mendapat laba

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah
Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan ‘sunnah’ barat
Yang melupakan kehidupan akhirat

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
Yang ada hanya
Yang menjadikan komplek tempat membuang umur
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyanyian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanya
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan dijadikan hiburan
Dianggap moden dan berketrampilan

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian
Merintih sayu mengenangkan persediaan
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seperti alam barzakh itu tidak ditempuh

LAGU KETIKA CINTA BERTASBIH..........

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cint
MUHASABAH CINTA....

wahai pemilik nyawaku, betapa lemah diriku ini, berat ujian dariMu, ku pasrahkan semua......
Salam sayang buat semua kaum hawa..

SESUNGGUHNYA WANITA ITU DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA DAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.

sedarilah wahai semua yang bergelar kaum hawa.