Saturday, March 13, 2010

da'i

salam ukhwah, salam mahabbah buat sahabat2...

Saya nak kongsikan sedikit maklumat yang sy dapat dalam program motivasi yang dianjurkan oleh jabatan syariah baru2 nie..Seorang ustaz ada menyatakan
من قال لا أله الا الله فهو دعى

betul cakap ustaz tu, siapa yang mengucapkan tiada tuhan melainkan Allah, dia itu adalah pendakwah..bukankah dalam al-quran ada mengatakan kewajipan menuntut ilmu, begitu juga hadis-hadis rasulullah s.a.w. menyebut sampailanlah ilmu walau satu ayat..sudah jelas lagi terang mennunjukkan pada kita bahawa tanggungjawab dakwah itu bukan hanya terletak atas bahu seorang yang bergelar ustaz atau ustazah dan orang yang dilabelkan sebagai keluaran pengajian Islam.. bahkan tgjwb itu terletak atas bahu semua orang Islam..

seorang pernah menanyakan saya tentang agama dan saya menjawab dengan rendah dirinya, dia beranggapan bahawa seorang studt terutamanya pengajian Islam nie yang sepatutnye membimbing dan berdakwah kepada orang lain yg bukan belajar atau mendalami bidang pengajian Islam. mmg x dinafikan stdent pengajian Islam yg sememamngnya mendalami ilmu agama, tapi kalu kita bincangkan tanggungjawab dalam menyampaikan dakwah nie. bukan hanya terletak pada orang yg diberi status ust or ustzh sje. tapi semua org yg bergelar Islam mst mnympaikn ilmu agma itu..Allah s.w.t. mengurniakan akal kepada manusia utuk ape? sudah pasti utk menusia berfikir, bukankah dlm al-Quran secara jelas Allah menyebut manusia ni diberi kelebihan akal berbanding makhluk lain supaya mereka dapat berfikir..

jadi bergantung atas diri manusia itu sedri utk mencari ilmu agama dan cuba sampaikan kan kpd org lain..mcm 2 cara kita boleh nak belajar agama dan mencari suatu yg kita x mangetahuinya, lebih2 lagi sekarang nie di zaman yg moden dan cangggih, pelbagai alat teknologi yg boleh kita gnakan utk membantu..itulah gnanya kemudahan2 nie, jgnlah pula digunakan utuk perkara yg tidak baik je...

sama2 kita mencari ilmu disamping menyampaikannya...wassalam

menitik berat solat

السلام عليكم ورهمة الله وبراكته

sebagaimana disebut dalam sebuah hadis seorang yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya,maka sembahyangnya itu seolah2 sehelai kertas yang direnyuk kemudia dilemparkan di mukanya..So sama2 lah kita bermuhasabah diri kita, adakah setiap sembahyang yang kita dirikan selama ini sempurna dan di jamin akan diterima di sisi Allah..

Apa gunanya kita mendirikan sembahyang, tetapi tidak melaksanakannya dengan bersungguh2 supaya sembahyang kita itu dijamin disisi Allah. Sudah semestinya sembahyang kita itu mungkin Allah tidak diterima. nauzubillah...

Perkara utama yang disoal diakhirat nnt x lain x bukan adalah solat, kerana solat adalah perkara paling utama dalam diri manusia. sekiranya solat yang dilakukan adalah x cukup atau sempurna, maka bagaimana dengan amalan2 lain yang kita lakukan..

marilah sama2 kita menhisab segala amalan yang kita lakukan sepanjang hidup ini, adalah sudah mencukupi bekalan yang kita nak bawa ke dunia yang kekal abadi di sana nnt..wallahu'alam

Friday, March 12, 2010

sibukkanlah dirimu

Bila umur makin meningkat, banyak persoalan yang membelenggu di fikiran kita, pelajaran, kawan2, program, sibling2 dan macam2 lagi. dan yang paling selalu terfikir tentang jodoh. al maklumlah umur dah memasuki 20 an nie mulalah terfikirkan tentang jodoh. bukankah Allah s.w.t telah berfirman dalam al-Quran sebagaimana disebut dalam surah an-nisa' bahawa setiap makhluk nie Allah jadikan berpasang-pasangandan sudah menjadi fitrah menusia untuk berpasang-pasangan.

Tapi kalau dah belum sampai masenye lagi dan diri sendiri belum bersedia x perlulah kite nak sibuk2 mencari pasangan hanya semata-mata untuk mencari keseronokan dan hiburan. semua ini bukan saja melalaikan, bahkan mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.

so, untuk mengelakkan diri daripada memikirkan perkara2 macam nie, cuba2 lah sibukkan diri untuk melakukan aktiviti yang mendatangkkan manfaat.
Jinlah program2 agama, kelas2 pengajian, banyak baca al-Quran dan cuba cari benda yang boleh bagi pengisian rohani kepada kita..Dengan cara tu insyaallah hati kita akan tenang tanpa memikirkan perkara yang melalaikan..

sama2lah mohon perlindungan daripada Allah daripada segala bisikan syaitan dan semoga kita dikurniakan jodoh yang telah Allah janjikan dan telah ditentukan untuk menjadi milik kita bila sudah sampai masenye nnt..amin..

ingatan buat kaum hawa

Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…

Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya

Di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…

Mengapa masih ragu-ragu?

Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…

“Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya.” Imam Ghazali

Ukhtiku,
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan…
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian…

Ukthiku,
Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan…
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan…
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran…
Dari hidup dalam kesesatan

Kerana jangan lupa ukhtiku…

Muliamu bukan pada pangkat, harta dan rupa
Tapi kerana Islam, Iman dan Ihsan…

With love -
Your sister in faith.

sibuknye nak siapkan tesis..

Dah lama x buka blog nih. sibuk sem nih.. dah sem2 akhir nih terpaksalah kejar2 nak siapkan tesis lagi. huhu exam pun dah x lambat dah..hu

ya allah Kau berilah kelapangan masa dan rahmat kasihMu pada hambaMu yang lemah ini..amin